Piawaian halal seragam perlu serius

17 Jun 2013

KUALA LUMPUR – Perlu ada hasrat yang murni untuk mewujudkan piawaian halal bersama dalam kalangan negara-negara untuk menyeragamkan sistem pensijilan halal, dan juga azam politik yang sebenar bagi piawaian itu, kata seorang pakar.

Pengarah Eksekutif International Halal Integrity Alliance Ltd, Darhim D. Hashim, berkata perdagangan merupakan pendorong yang kuat bagi negara-negara bekerjasama untuk mencapai piawaian bersama ini.

“Perlu ada sesuatu yang berdaya maju dan berfaedah dari sudut komersial bagi negara-negara anggota walaupun hanya untuk memulakan perbincangan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sambil menegaskan pentingnya piawaian bersama, Darhim berkata kedudukan realistik ialah mempunyai beberapa piawaian untuk mencerminkan perbezaan pemahaman dan penerimaan pengguna terhadap konsep halal.

“Ada orang langsung tidak boleh menerima kaedah memegunkan (haiwan). Walaupun Majlis Fatwa berkata ia harus, masih ada orang yang enggan menerima kaedah itu sebagai halal.

“Kita boleh adakan piawaian halal bagi mereka, tiada kaedah memegun dan penyembelihan hanya boleh dilakukan oleh orang Islam.

Pemegunan ialah proses menjadikan haiwan kaku atau pengsan, tanpa membunuh haiwan itu, sebelum ia disembelih.

Ditanya tentang perkembangan terkini mengenai dana ekuiti swasta bernilai US$500 juta yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada April 2013, beliau berkata dana itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami sedang mengumpul dana. Selepas pengumuman itu, kami menghubungi institusi-institusi yang mewakili keluarga-keluarga untuk menjelaskan kepada mereka apa yang sedang kami rancangkan.

“Penerimaannya amat baik,” katanya.

Dana ini akan dikumpul berperingkat-peringkat oleh Azka Capital, sebuah firma penasihat ekuiti swasta untuk memberikan tumpuan kepada inisiatif industri halal.

Darhim, yang juga Pengarah Eksekutif syarikat itu, berkata Azka Capital berharap untuk mendapat pelabur peneraju menjelang akhir tahun. – Bernama
http://www.sinarharian.com.my/arkib/piawaian-halal-seragam-perlu-serius-1.172482

Advertisements

Jakim terima lebih 6000 permohonan sijil halal melalui e-Halal

SUNGAI PETANI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lebih 6,000 permohonan daripada syarikat-syarikat tempatan untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia menerusi sistem e-Halal sejak sistem itu diperkenalkan ke seluruh negara secara berperingkat bermula 2010.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata menerusi aplikasi e-Halal, syarikat yang sijil halal terdahulu sudah tamat tempoh atau belum mempunyai sijil halal, boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian.

“Sistem ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri namun sijil halal hanya akan dikeluarkan oleh Jakim untuk mewujudkan keseragaman memandangkan sijil yang dikeluarkan di peringkat negeri, kadang-kadang tidak diiktiraf oleh negara luar.
“Sehingga Disember 2012, terdapat seramai 4,292 pemegang sijil halal di seluruh negara, malah bagi tempoh sama, Jakim menerima lebih 6,000 permohonan mendapatkan sijil halal menerusi e-Halal,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Halal Kedah 2013, di sini, hari ini.

Terdahulu pada majlis sama, dua syarikat yang membuat permohonan menerusi e-halal menerima sijil halal daripada Jakim, yang diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Syarikat terbabit ialah syarikat pengeluar gula-gula yang beroperasi di Sungai Petani, Saujania Sdn Bhd yang diwakili Eksekutif Jaminan Kualitinya Noor Najiha Yusoff, serta syarikat pengeluar bahan kimia untuk makanan yang beroperasi di Kulim, Thong Sheng Food Technology Sdn Bhd, yang diwakili Eksekutif Kanan Pemasaran Chew Chin Weng. – Bernama

15 Mac 2013

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jakim-terima-lebih-6000-permohonan-sijil-halal-melalui-e-halal-1.139959

The Concept of Halal and Haram Medicine

The Concept of Halal and Haram in Quality Use of medicines will be covered in the coming 1st National Conference on Quality Use of medicines 2013.

The topic on The Need For Culturally Accepted Medicines: The Concept of ‘Halal’ and ‘Haram’ in Quality Use of Medicines will be presented in the Symposium 1 under the Social Pharmacy Category on 2nd July 2013.

Check out full details of this event at http://www.qum2013.com/QUM2013%20brochure%2001042013.pdf.

Brain in the Gut: Importance of Halalan Toyiban Foods

One of the many reasons to ensure we only eat Halalan Toyiban Food.. The Gut have brain that influence ones’ emotion. A big part of our emotions are probably influenced by the nerves in our gut. Read below article from Scientific American . http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=gut-second-brain

Think Twice: How the Gut’s “Second Brain” Influences Mood and Well-Being

The emerging and surprising view of how the enteric nervous system in our bellies goes far beyond just processing the food we eat.

As Olympians go for the gold in Vancouver, even the steeliest are likely to experience that familiar feeling of “butterflies” in the stomach. Underlying this sensation is an often-overlooked network of neurons lining our guts that is so extensive some scientists have nicknamed it our “second brain”.

A deeper understanding of this mass of neural tissue, filled with important neurotransmitters, is revealing that it does much more than merely handle digestion or inflict the occasional nervous pang. The little brain in our innards, in connection with the big one in our skulls, partly determines our mental state and plays key roles in certain diseases throughout the body.

Although its influence is far-reaching, the second brain is not the seat of any conscious thoughts or decision-making.

“The second brain doesn’t help with the great thought processes…religion, philosophy and poetry is left to the brain in the head,” says Michael Gershon, chairman of the Department of Anatomy and Cell Biology at New York–Presbyterian Hospital/Columbia University Medical Center, an expert in the nascent field of neurogastroenterology and author of the 1998 book The Second Brain (HarperCollins).

Technically known as the enteric nervous system, the second brain consists of sheaths of neurons embedded in the walls of the long tube of our gut, or alimentary canal, which measures about nine meters end to end from the esophagus to the anus. The second brain contains some 100 million neurons, more than in either the spinal cord or the peripheral nervous system, Gershon says.

This multitude of neurons in the enteric nervous system enables us to “feel” the inner world of our gut and its contents. Much of this neural firepower comes to bear in the elaborate daily grind of digestion. Breaking down food, absorbing nutrients, and expelling of waste requires chemical processing, mechanical mixing and rhythmic muscle contractions that move everything on down the line.

Thus equipped with its own reflexes and senses, the second brain can control gut behavior independently of the brain, Gershon says. We likely evolved this intricate web of nerves to perform digestion and excretion “on site,” rather than remotely from our brains through the middleman of the spinal cord. “The brain in the head doesn’t need to get its hands dirty with the messy business of digestion, which is delegated to the brain in the gut,” Gershon says. He and other researchers explain, however, that the second brain’s complexity likely cannot be interpreted through this process alone.

“The system is way too complicated to have evolved only to make sure things move out of your colon,” says Emeran Mayer, professor of physiology, psychiatry and biobehavioral sciences at the David Geffen School of Medicine at the University of California, Los Angeles (U.C.L.A.). For example, scientists were shocked to learn that about 90 percent of the fibers in the primary visceral nerve, the vagus, carry information from the gut to the brain and not the other way around. “Some of that info is decidedly unpleasant,” Gershon says.

The second brain informs our state of mind in other more obscure ways, as well. “A big part of our emotions are probably influenced by the nerves in our gut,” Mayer says. Butterflies in the stomach—signaling in the gut as part of our physiological stress response, Gershon says—is but one example. Although gastrointestinal (GI) turmoil can sour one’s moods, everyday emotional well-being may rely on messages from the brain below to the brain above. For example, electrical stimulation of the vagus nerve—a useful treatment for depression—may mimic these signals, Gershon says.

Given the two brains’ commonalities, other depression treatments that target the mind can unintentionally impact the gut. The enteric nervous system uses more than 30 neurotransmitters, just like the brain, and in fact 95 percent of the body’s serotonin is found in the bowels. Because antidepressant medications called selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) increase serotonin levels, it’s little wonder that meds meant to cause chemical changes in the mind often provoke GI issues as a side effect. Irritable bowel syndrome—which afflicts more than two million Americans—also arises in part from too much serotonin in our entrails, and could perhaps be regarded as a “mental illness” of the second brain.

Scientists are learning that the serotonin made by the enteric nervous system might also play a role in more surprising diseases: In a new Nature Medicine study published online February 7, a drug that inhibited the release of serotonin from the gut counteracted the bone-deteriorating disease osteoporosis in postmenopausal rodents. (Scientific American is part of Nature Publishing Group.) “It was totally unexpected that the gut would regulate bone mass to the extent that one could use this regulation to cure—at least in rodents—osteoporosis,” says Gerard Karsenty, lead author of the study and chair of the Department of Genetics and Development at Columbia University Medical Center.

Serotonin seeping from the second brain might even play some part in autism, the developmental disorder often first noticed in early childhood. Gershon has discovered that the same genes involved in synapse formation between neurons in the brain are involved in the alimentary synapse formation. “If these genes are affected in autism,” he says, “it could explain why so many kids with autism have GI motor abnormalities” in addition to elevated levels of gut-produced serotonin in their blood.

Pertimbang Buku Panduan Ubat Halal

KUALA LUMPUR: Sudah masanya kerajaan mempertimbangkan menghasilkan buku panduan mengenai asal usul komponen dalam ubat-ubatan supaya diyakini statusnya, berikutan produk farmaseutikal itu berisiko dihasilkan daripada bahan tidak halal.
Cadangan itu diutarakan Pensyarah Bidang Kimia Farmaseutikal, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Zhari Ismail, yang menyifatkan ia penting sebagai rujukan industri berkaitan selain pengguna Muslim sendiri memilih ubatan sesuai. Katanya, ada buku yang lebih dikenali sebagai ‘pharmacopeia’ diterbit dan diguna pakai di lima negara iaitu Mesir Indonesia, Pakistan, Turki dan Iran, namun tiada buku rujukan yang khusus menggabungkan maklumat komponen ubat dari seluruh negara.

“Pharmacopeia adalah buku rujukan maklumat pembuatan dadah atau kami kata komponen ubat dan lima negara mempunyai buku ini untuk kegunaan kerajaan masing-masing bagi memastikan kesahihan bahan berkenaan, tapi negara kita tiada. “Memandangkan ketika ini ramai pihak mula berkata mengenai halal dan kami tahu apa bahan halal dalam makanan serta minuman, jadi kenapa tidak kita wujudkan rujukan utama atau ‘pharmacopeia’ ini pula untuk produk farmaseutikal, mungkin ‘pharmacopeia’ sedunia.

“Bermakna jika suatu ubat itu perlu dirujuk kandungannya, boleh lihat daripada buku ini dankenal pasti bahan mana yang digunakan halal dan penyenaraiannya diletakkan di satu bahagian ‘hijau’, manakala ramuan yang tidak halal pula dikategori merah.

“Dengan cara ini, tidak timbul lagi keraguan kepada pesakit yang perlu mengambil ubat atau vaksin mahupun insulin tertentu secara kerap atau berkala,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dr Zhari adalah pembentang kertas kerja di Forum Halal Sedunia International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Menurutnya lagi, syarikat besar yang memonopoli industri farmaseutikal bukan beragama Islam, justeru tidak mempunyai halangan memproses bahan ubat daripada sumber terlarang seperti gelatin babi.

“Sedangkan dalam penghasilan ubat jenis kapsul, kita boleh menggunakan bahan daripada gelatin tumbuh-tumbuhan manakala untuk pil misalnya, mereka boleh menggantikan bahan aktif dalamnya dikenali ‘stearate’ diperbuat daripada lemak babi kepada minyak kelapa sawit.
“Bukan kata tiada pilihan dalam pembuatan ubat-ubatan ini, cuma pihak industri sendiri yang perlu bersuara tegas, tetapkan syarat dan nyatakan pendirian mahu bahan yang tulen, suci dan halal bagi memasuki pasaran dikuasai pengguna Islam,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pertimbangbukupanduanubathalal/Article

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalender Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.

“Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak.” Surah Asy Syuura ayat 19-20.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya.” Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Sebagaimana firman Allah SWT : “Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih.” Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : “Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban).” Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?” Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : “Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali.” Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”
Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”
Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Kitab Zubdatul Wa’idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :”Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. ‘Syin’ ringkasan kata ‘Syarofun wa Syafaatun’ ertinya kemuliaan dan pertolongan. ‘Ain’ ringkasan kata ‘Al Izzatu wal Karomah’ ertinya keagungan dan kemuliaan. ‘Bak’ ringkasan kata ‘Albirru’ ertinya kebaikan / kebagusan. ‘Alifun’ ringkasan kata ‘Ulfatun’ ertinya rasa kasih sayang dan ‘Nunun’ ringkasan kata ‘Nurun’ ertinya cahaya.” Kitab Zubdatul Wa’idzin.
Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.
Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : “Siapakah yang ketuk pintu ? ” Jawab saya : “Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW.”
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : “Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? “Mereka menjawab : ” Mari kita cari Beliau di masjid.” Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra ” Mungkin Nabi pergi ke Bagi’il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.
Kata Ali ra: ” Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : “Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.”
Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : ” Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?”
Nabi Muhammad SAW menjawab : “Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO’AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah.”
Dan baginda berkata pula: “Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah.”
Kemudian Rasulullah SAW berkata : “Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah.” Nabi bersabda kepada Ali ra : “Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain.” Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.
Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
“Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis.”

Reference:
http://www.zakatns.com.my/ver4/tazkirah/128-syaaban-dan-malam-nisfu-syaaban

PENEMUAN SAINTIFIK TENTANG BAHAYA BABI

Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173) Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi dan produk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umat Islam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab dan rahsianya.

Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.243 Di antaranya ialah:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C. S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China

Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, “Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”

Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-Catatan Kesihatan). Di antara isi-isinya ialah, “Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.”

Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch’en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliau berkata, “Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya.”

Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpa ke atas manusia yang memakannya.

Virus-Virus Baru Keluaran Babi

Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.
Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.

Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,

• Porcine Torovirus.
• Porcine Rotavirus (Variant 4F).
• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
• H3N2 Swine Flu Virus.

Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya

Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.

Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca dari virus babi.

Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.

Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, ” Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV.”

Babi Dengan Masalah Yang Berterusan

Sejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tang dan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudian pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pula kuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.

Note: (Diterbitkan dalam Majalah i bagi bulan Ogos, 2004, terbitan Karangkraf)
Nukilan,
Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan
Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd